Isnin, 16 Mei 2011

BEKAM @ AL-HIJAMAH

AL-HIJAMAH (BERBEKAM)
Aku tidak berjalan di depan sekumpulan malaikat pun malam ketika aku di Isro'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhamad, galakkan umatmu berbekam". Sejarah pertama kaedah pembersihan darah ialah pelepasan darah yang diamalkan pada zaman Mesir purba Penusuk dan cawan yang digunakan telah dijumpai dalam bilik rahsia. Cawan biasanya diperbuat daripada tanduk lembu dengan tebukan lubang diujung yang tirus melaluinya darah disedut keluar.

Kaedah bekam melalui arteri, vena, kulit dan perlintahan. "Sesungguhnya Allah telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kalian,tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan.


KUNCI KESIHATAN

1. Memelihara kesihatan dan mengamalkan makanan-makanan kesihatan.
2. Berusaha menghindarkan penularan penyakit dan mencegah segala hal yang membahayakan kesihatan.
3. Mengeluarkan unsur-unsur yang boleh merusakan yang ada didalam tubuh seperti toksid, muntah, wap penyakit dan darah kotor.


KEPENTINGAN DAN KEBAIKAN BEKAM

Tubuh mempunyai 3 mekanisma pembuangan racun-racun yang berada di dalamnya, iaitu pembuangan air besar, air kecil dan perpeluhan melalui kulit (Riadah), maka jika mekanisma pembuangan dari salah satu bermasalah akan menyebabkan gangguan penumpukan racun pada daerah tertentu. Kulit merupakan tempat yang paling luas untuk membuang racun bersama perpeluhan secara alamiah racun yang ada dalam tubuh akan terdorong naik kepermukaan kulit.

Jika racun di kulit teratas tidak dibuang dengan sempurna akan menyebabkan penumpukan racun pada tempat tersebut sehingga menyebabkan aliran energi, darah, kelenjar getah bening dan saraf, kesumbatan tersebut akan mengakibatkan gangguan pada tempat-tempat yang akan dilalui jalur (Meridian) tersebut.


LANGKAH-LANGKAH SEBELUM BEKAM DIMULAKAN.TEKANAN DARAH


SIFAT DARAH MELALUI BEKAM
1. Darah mengalami oksidasi tanpa udara.
2. Plasma terpisah sendiri dari darah.
3. Darah yang menghimpun sepersepuluh kadar sel darah putih yang ada dalam darah alami (Meningkatkan imunitas tubuh).
4. Pada puncak sel darah merah semua sel darah putih memiliki bentuk yang ganjil. Hal ini bererti kandungannya sudah tidak mampu melaksana tugasnya sehingga dapat menghilangkan darah sel-sel darah merah yang kotor dan darah yang tidak diinginkan keberadannya sehingga yang tersisa adalah darah putih.

BEZA AL-HIJAMAH DAN DERMA DARAH
AL-HIJAMAH
-Darah dari kapilari.
-Mengeluarkan Toksid dan kotoran sahaja.
-Tiada Keluar Sel Darah Putih.
-Keluar LDL Sahaja -Keluar HDL dan LDL.
-Keluar zat besi berlebihan pada kulit

DERMA DARAH

-Darah Dari Vena
-Semua kandungan bendalir keluar
-keluar sel darah putih sel darah Merah
-Keluar HDL dan LDL
-Mengeluarkan mineral dan zat besi pada tubuh


(AL-HIJAMAH) DARI PANDANGAN PERUBATAN JAWI
“MAHASUCI ALLAH SWT YANG TELAH MENGIRIMKAN NABI PADA KAMI
MENGAJAR SESUATU YANG BELUM TERUNGKAP DALAM KAJIAN SAINTIFIK”

AL-HIJAMAH ATAU BEKAM

• Bekam merupakan suatu amalan Rasullulah saw untuk menyembuhkan penyakit (Curative) dan mencegah penyakit (Preventive) .
• Bekam adalah satu kaedah mengeluarkan sesuatu yang menyebabkan keracunan toksid pada tubuh badan melalui permukaan kulit. Proses ini membantu memberi kerehatan kepada ginjal, limpa dan hati daripada melakukan kerja yang berat secara berpanjangan.
• Ini adalah satu cara Detoksifikasi yang sesuai dan selamat bagi manusia yang mana tiada kesan sampingan, malah menyembuhkan.
• Sekarang teknik bekam telah digunakan secara moden berdasarkan penelitian ilmiah dengan penggunaan cawan plastik atau kaca, vakum moden, jarum lancet atau pisau bedah untuk mengeluarkan toksid.


SEJARAH BEKAM
Bekam telah dikenali sejak zaman Nabi Musa a.s. Bekam adalah satu perkerjaan menghisap atau mengeluarkan darah dari badan dengan cup melalui permukaan kulit. Bekam lebih praktikal, tanpa kesan sampingan murah dan mampu merawat penyakit yang tidak dapat dirawat oleh perubatan moden.

Bekam adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk menghilangkan kesakitan dan memulihkan sistem imuniti.
Sebenarnya bekam adalah satu teknik yang boleh membangkitkan saraf-saraf yang tidak aktif atau lemah dengan cara ini sistem tubuh akan bangkit dan meningkat sistem imun.

HADIS-HADIS
Jika ada yang terbaik pada ubatan kamu, maka itu terdapat pada tusukan alat bekam, minuman madu, atau cucukan dengan kay (api) yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan (Kay) - Shahih Bukhari, "Sebaik-baik pengobatan yang kamu lakukan ialah hijamah" - Al-hadis.
"Waktu yang paling baik bagi kamu untuk melakukan hijamah ialah 17,19,21 bulan Qomariah"- al-hadis. Yang terbaik ialah pertengahan bulan kerana cairan dalam tubuh bergolak dan mencapai puncak penambahannya kerana bertambah cahaya rambulan". - Ibnu Sina.


LANGKAH UNTUK MELAKUKAN BEKAM


  • Mulakan dengan berwuduk Auzubilah..Bismilah...Al-Fatihah..Selawat syifa.
  • Sapu dengan minyak but-but pada titik bekam, urut titik bekam dengan urutan lawan jam,letak cup di titik bekam dan sedut (vakum) secukupnya.
  • Lepaskan cup dan cucuk menggunakan jarum lancet ikut arah jam dalam bulatan dan sedut. Sedut dengan secukupnya 8x.
  • Sekiranya tiada darah atau keluar cecair putih atau gelembung air berhentikan proses membekam titik tersebut walaupun belum 8x.

  • Apabila aktiviti bekam habis sapu tempat bekam dengan minyak but-but.
  • Sentiasa bertanya pada pesakit keadaanya semasa proses berbekam sebelum bangun dari lokasi bekam.
  • Ingatkan pesakit tentang keperluan untuk mengulangi bekam bagi keperluan rawatan penyakit yang dihadapi.
  • Syorkan snergy herba yang sesuai untuk diamalkan bagi mengatasi masalah kesihatannya.

JENIS BEKAM

  1. Bekam Tarik - dilakukan dibahagian kening sahaja menggunakan cup yang kecil.
  2. Fungsinya - untuk melegakan ketegangan dibahagian kepala hadapan, (kening).
  3. Caranya - disedut dengan pam/vakum kekanan ke kiri sambil tarik.


  1. Bekam Kering/Angin - Adalah bekam yang dilakukan untuk mengeluarkan angin dalam badan tanpa mengeluarkan darah.
  2. Fungsinya - bertujuan mengeluarkan angin yang bertoksid (beracun) dan panas berlebihan.
  3. Caranya - dipam sekali sahaja dibahagian punggung maupun dada dibahagian tubuh dan dibiarkan 15 minit hingga 20 minit.


  1. Bekam darah/basah - Adalah mengeluarkan darah,angin dan suhu yang berlebihan dari permukaan kulit.
  2. Fungsinya - bertujuan mengeluarkan darah yang bertoksid (beracun), angin dan suhu yang berlebihan.
  3. Caranya - degan dimulai dengan bekam kering selama 2-3 minit kemudian dicucuk dengan jarum lancet dan dipam kemudian cupping dalam 2-3 minit.

Info Ringkas Tentang Kaedah Bekam Angin & Bekam Sunnah

Kaedah Bekam Angin

-Ia juga dikenali sebagai bekam cina/bekam kering dan ia bukan sunnah nabi.

-Ia dilakukan dibahagian belakang badan/dada.

-Proses ini melibatkan jumlah cup yang banyak iaitu 15-20cup.

-Tiada tusukan jarum dan proses pengeluaran darah dari badan.

-Cup diletakkan kira-kira 20min pada anggota badan bagi proses pengeluaran angin dari dalam badan.

-Boleh melakukan rawatan ini dengan kerap dan tiada kesan sampingan.-Akan ada kelihatan wap-wap air pada cup bekam selepas tamat rawatan ini.

-Manfaat kaedah bekam ini akan membuatkan badan terasa ringan dan menghilangkan kelesuan badan.

Kaedah Bekam Sunnah

-Ia juga dikenali sebagai bekam darah/al hijamah dan kaedah ini adalah SUNNAH.

-Umat islam dianjurkan merasai bekam sunnah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

-Bagi orang sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini sebulan sekali dan bagi orang berpenyakit 2 minggu sekali.

-Mampu menyembuhkan hampir 93 jenis penyakit kritikal.

-Jurubekam wajib memakai sarung tangan untuk langkah keselamatan.

-Jarum yang digunakan perlu PAKAI BUANG dan setiap pelanggan akan diperuntukkan satu jarum baru.

-Proses sedutan darah akan dilakukan sebanyak 2x bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.

-Diakhir rawatan bekam,kawasan yang telah dibekam akan disapu dengan alcohol swab untuk proses steril dan selepas itu disapu pula minyak but-but untuk memaksimumkan kesembuhan.

-Semua cawan bekam yang sudah digunakan akan dibasuh dengan teliti dan cermat dengan menggunakan cecair Dettol bagi proses STERIL/NYAHKUMAN. 

Dalil-dalil tuntutan berbekam

1) Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik

2) Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah

3) Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay” Hadith Sahih Al Bukhari 

Soalan-soalan lazim...

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru.

3) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah?
Waktu mustajab ialah sebelah pagi dimana kita belum mengambil apa-apa makanan dan tariknya ialah tanggal 13,15,17,19 dan 21hb kalendar islam.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah?
Individu yang dilarang ialah wanita mengandung,wanita haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam?
Anda dianjurkan tidak boleh makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan